:: TIKTOK ::

Wednesday, September 28, 2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing

Assalamualaikum...

Em, currently aku sangat-sangat suka and minat utk menjahit manik! Sound like makcik-makcik ke? Hahahaha... Ada aku kesah! :)

Mula-mula tuh SIL aku yg menjahit manik... aku belajar jugak dari dia, tapi tak lulus-lulus! Hihihih... Tapi SIL aku nieh hobinya bermusim... So, bila musim dia menjahit manik dia tamat, dia pon stop lahhh...

So, memandangkan ada lagi beads dalam kotak simpanan dia tuh, aku mintak izin lah utk pakai, and mula lah aku try design yg simple-simple... Tapi ntah nape, masih lagi tak pandai-pandai... Tak kemas aku buat... And aku punya kelemahan ialah, kalau aku tk puas hati kat something yg aku buat tuh, mmg aku buat balik... Kalau kes menjahit manik nieh, aku mmg bukak balik lah jahitannya! :) Membazir masa sangat, kan? Huhuhuh...

Then, bila dah zaman-zaman fb nieh, banyak lak aku tgk org letak kat fb... Ada yg jual tutorial, ada yg jual beads, and ada jugak yg just tepek gmbr jahitan yg diorg buat... Aku pun start lah mencari-cari toturial online nieh... First sekali aku jumpa kat page Koleksi Kretif Cheq Su and try lah jahit kat baju... and ini hasilnya! :)



And lepas tuh, makin semangat lah aku nak cuba menjahit manik nieh! :) Add friends kat fb, beli tutorial online, beli beads online, masuk online club utk beaders, carik glass pearl kat GM (borong).. Macam-macam lah!

And bead-work aku yg paling latest yg nieh...



Bead-work tuh utk SIL aku yg second. Dia nak pakai masa bertugas time Konvokesyen UiTM (dia staff UiTM). Mulanya, nak design yg lain. Tapi aku tak cukup bahan. Kene pegi GM Klang utk beli bahan. Sbb kat sana murah sikit. Memandangkan masa tak mengizinkan, aku tanya kat dia kalau tukar design boleh tak? Dia kata okey, tapi tak mau meriah sangat... So, ini kira kategori tak meriah lah kan?
:)

Sekarang ini lah yang aku suka buat... Aku tak lah typical sgt sampai bawak bead-work pegi opis and menjahit! (belum lagi kot?) Hahahah... (^_^)

Monday, September 26, 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?

Assalamualaikum semua,

Aku belajar buat Puding Karemel! Hihihih... Masa bulan puasa hari tu Abang aku ajar! Hihih.. Korang maybe dah tau ko, tapi aku nak tepek gak resepi! :)

Puding Caramel
-----------------------------------
Bahan A
-----------------------------------


1 tin susu cair
6 biji telur
5 sudu gula
3/4 tin air
beberapa titik Essen vanila

-----------------------------------
Bahan B
-----------------------------------

3-4 sudu gula



Cara-cara:

Masukkan 5 sudu gula kedalam bekas, pecahkan telur 1 persatu n kacau. jgn kacau smpai jd buih, kacau untuk cairkan gula shj. dah abis telur 6 biji tu, masukkan susu cair n kacau. titiskan essen vanila mengikut suka, dan masukkan air 3/4 tin susu tadi. Kacau. Bahan A selesai.

Utk bahan B, ambil 3-4 sudu gula, (kalau nak kuah banyak, kebihkan gula tu), masuk dlm loyang utk dibuat gula hangus. Tips: campur 2 sudu air untuk elak gula cepat hangus n jd pahit. panaskan n agak2 nak jd perang, padam api.

ambik tapis, tuang Bahan A ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit.
*

*

*

*

*
Picture : Bukan aku yg buat, but THANKS to En. Google!

Friday, September 23, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

Assalamualaikum semua,


I'll attract to the people :

  1. Family man
    Bukan lah bermaksud manja giler and duduk bawah ketiak mak 24/7 -- alamak, teringat plak kumpulan Kpop Malaysia itu! Euwwwwww.... Tapi aku suka jenis yg mengutamakan keluarga and rapat dengan keluarga! Dengan adik-beradik baik, dengan mak ayah hormat..kan best?

  2. Independent
    Survivor punya type! Dicampak kat mana-mana pon boleh jerr hidup! Ada sesetengah org kan, kene dibantu, dipimpin baru boleh hidup.. Tapi aku suka yg survivor.. Tk mengaharapkan orang lain!

  3. Pandai bercakap
    Bukan cakap auta yer! Aku selalu dok dengan org yg suka bercakap nieh... Tapi aku akan turn to jadi pendiam lah! Sebab aku bukan tau sgt hal semasa nieh! So, kalau duduk nyembang dengan org mcm nieh, minda kita jadi terbuka and alert sikit dengan benda-benda baru! FYI, aku tak suka baca surat khabar! Hihihi... :) 

Thursday, September 22, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go

Assalamualaikum semua,

Banyak tempat yang aku teringin nak pergi! Nak pegi sini..

Paris

Sini..

London

Sini..

Korea

Tapi, memandangkan dalam Malaysia pon tak habis jelajah lagi, so aku teringin nak g sini..


Sabah

p/s : InsyaAllah bulan November nieh dapat pegi.. :)

Update : TAK DAPAT pegi Sabah, due to office's budget constrain! Aduyaiiiiii....

Wednesday, September 21, 2011

Day 25 – Who are you?

Assalamualaikum semua,

This is me!

p/s : teknik penyembunyian double-chin! (^_^)

Tuesday, September 20, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you

Assalamualaikum semua,

Em, berkurun betul nak habiskan cabaran nieh! Byk benda lain nak cerita jadi pending! -- hahaha, mcm lah ada yg nk follow and tertunggu-tunggu apa ko nak citer! :)

Okey, back to the challenge!

Ini adalah benda yg memang bermakna dalam hidup aku!


Sebab apa? Sebab ini lah first handphone yg aku pakai and beli dengan duit sendiri.. :)
Exactly mcm nieh lah, housing kaler biru gelap, lampu kaler hijau striking!

Aku ingat lagi masa nak beli tuh, dah survey kat kedai, then tak cukup pulak duit masa nak beli tuh, berkejar pegi bank. Masa tu Bank Simpanan Nasional tuh pintu nya dah tutup separuh dah. Hahaha.. Keluarkan duit, g kedai balik!

Aku beli handphone nieh lepas SPM. Masa kat sekolah tak berani lah nak bawak handphone kan? Lagi pun tak mampu.. Hihihih... Actually aku guna duit biasiswa yg dapat kat sekolah tuh.. Kumpul-kumpul, last-last beli handphone! Masa tuh harganya RM450 kalau tak silap.. Mahal lah utk seorg budak baru habis sekolah!

Beli handphone, mesti beli simcard sekali. Masa tuh, kalau pakai Celcom kira org kaya, sbb kene top-up utk air time ngan talk time.. So, aku beli lah Maxis.. Harga nya mahal nak mampus lah kalau compare dengan sekarang punya harga! Around RM250.. dalam ada RM88. Fuh! Nak top-up pon mana ada RM5, RM3 mcm sekarang! Paling rendah pun RM60!

Tapi, malang sungguh, biler aku masuk Matriks nun jauh di Utara tuh, takde la plak line Maxis... Yg ada Celcom dan TMTouch jer!! So kene lah tukar nombor... Nombor Maxis tuh aku pakai kalau pegi outing kat Alor Setar or kalau balik kampung... Last-last, dah tak larat nak maintain dah, no tuh burn gitu jer! Wahhhh... Sayang jer, kan?

Handphone nieh mmg sangat-sangat berjasa lah kat aku... Sampai UiTM kot aku pakai.. Lama kot.. (sbb skrg, kalau pakai handphone setahun jerr dah rasa lama sangat!) Masa aku tukar handphone baru, aku bagi handphone nieh kat Mak aku, tapi ntah macam mana, ada sekali tuh, time kenduri kat umah aku, handphone nieh hilang... :(
Sedihhhhh...

Tetibe teringat term nieh :
No space for new massage - sekarang, simpan lah bapa banyak msg pon tak kesah! :)

Monday, September 19, 2011

Day 23 – 15 facts about you

Assalamualaikum semua,

Alamak entry nieh, merbahaya jer! Kene buat confession ker? Hahaha...
:)

So, these is me :
  1. Anak ke-6 dari 7 adik beradik.
  2. Anak yatim piatu sebab mak ngan abah dah meninggal dunia.
  3. Lefthanded.
  4. Single and available.
  5. Suka bercakap, but recently jadi org yg pendiam.
  6. Love PINK.
  7. Moo-related collector.
  8. Dah ada lesen memandu masa kat uni, tapi baru memandu 2 tahun lepas.
  9. Ada lebih dari 5 nick name.
  10. Currently I'm a beader.
  11. Rabun sejak umur 15 tahun.
  12. Pengumpul fridge magnet.
  13. Ada rasa nak ada pet, tapi malas nak uruskan.
  14. Mudah nangis kalau tengok org lain nangis.
  15. Tak berapa pandai baca jam analog.
So, dah kenal lah ngan aku, kan?
(^_^)

    Friday, September 16, 2011

    Thursday, September 15, 2011

    Day 21 – A photo of something that makes you happy

    Assalamualaikum semua,


    Ini buat aku happy, sebab bnyk sgt sejarahnya!
    1st time naik flight.
    1st time melancong (in real, sbb selalu sambil-sambil kursus la, attend friend's wedding la)
    1st time sampai SARAWAK.
    1st time makan Manok Pansuh.
    and many more first-time moments! :)

    Nnt aku story pasal vacation nieh!
    dah lama terperap kat draft! :)

    Wednesday, September 14, 2011

    Day 20 – The meaning behind your blog name

    Assalamualaikum semua,

    Nama blog aku, ME & MY LIFE.. Simple jerr.. Lagi pun itu yg terlintas masa tengah buat tuh... Tak tau lah if lepas nieh tukar pulak! :)

    Maksud nya apa?
    As blog name aku, so aku akan cerita / tulis / bagitahu apa yg jadi pada aku, dunia aku, kehidupan aku (ada gak la limitnya)
    :)
    Mudah, kan?

    Tuesday, September 13, 2011

    Day 19 – A picture of something you want to do before you die

    Assalamualaikum semua, 

    Sebelum aku menghembuskan nafas terakhir, aku (dan semua org aku rasa) nak menunaikan Rukun Islam yang ke-5..


    Harap-harap aku akan jadi salah seorang daripada beribu-ribu yang ada kat situ. Aminnnn..

    Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

    Assalamualaikum semua,

    Aku tak suka bila orang (tak kisah lah lelaki ke perempuan) tu :
    1. Tak hormat parents / org yg lebih tua.
    2. Poyo.
    3. Penipu.
    4. Kuat sentap.
    5. Sombong.

    Friday, September 09, 2011

    Day 16 – Short term goals for this month and why

    Assalamualaikum semua,

    Bulan nieh aku aim nak buat puasa enam.
    Sebab apa?
    Sebab bulan nieh kan bulan Syawal..

    Hopefully by next week boleh start...
    Tapi, Isnin -- On Leave, Rabu -- Jamuan Raya kat HQ, Jumaat -- Cuti Hari Malaysia, Sabtu & Ahad -- ade jemputan kahwin..
    So, berapa hari jerr yg boleh puasa nieh?
    Hihihih...  
    bnyk alasan lah kau!
    :)

    Thursday, September 08, 2011

    Day 15 – Something you don’t leave the house without

    Assalamualaikum semua,

    Semestinya, kalau kuar rumah, aku akan bawa dua barang nieh:

    1. Handphone - Nokia E71
    2. Wallet - Imitation saja! :)

    Itu jerr yg penting! Handbag pon tk suka bawak. Kadang-kadang tumpang handbag orang lain, isi handphone ngan wallet aku!
    Hihihih... :)


    Wednesday, September 07, 2011

    Day 14 – A TV show you’re currently addicted to

    Assalamualaikum semua...

    TV show ehhh? Ala, aku nieh bukan kaki tgk tv pon....
    Seriously tkde pon rancangan-rancangan WAJIB TONTON dlm list aku!
    Hahahaha...
    Tapi sejak bulan puasa dulu, disebabkan kat umah Sabak Bernam nieh, buka puasa depan tv, so aku follow la citer Kasih Alia...
    :)
    Itu lah kot, tapi tk addicted mana laa...kalau teringat and time tu bkk tv, tgk lah, kalau terlepas pon ok jer!
    Hahahaha...
    :)

    pic : thanks encik google!

    Tuesday, September 06, 2011

    Day 13 – A picture of your favorite band or artist

    Assalamualaikum semua,

     Current line-up : Eross -- Adam -- Brian -- Duta

    Aku minat habis dgn Sheila On 7 (SO7) nieh... Sejak sekolah lagi lahhh...
    Siap beli cassette bagai, weh! Aku ingat lagi masa anak buah aku koyakkan cover cassette Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000). Cassette mesti lah beli kat pasar malam... Tapi ORIGINAL okeh! tak main pirate-pirate nieh (masa tuh laaaa...) Aku balik dari asrama mengamuk sakan satu umah! Last-last adik aku sound, marah aku! Hampeh tul...Tak pasal-pasal jer! Dengan juraian air mata, (poyos!) aku tampal balik cover cassette tuh dgn sellotape!! Sayang woooo!

    Then, kat matriks pon ada gak yg minat ngan SO7 nieh.. Ain mmg kipas-susah-mati SO7 lah lebih dari aku laaa! Siap beli merchandise SO7 dari Indo lagi! Huhuhuh... :) *Betul, kan Ain?

    Masa Duta kahwin - 2003 (masa tuh kan ada 'kontroversi') mmbr primary school aku siap msg lagi... Of course aku tak ingat exactly ape yg dia tulis, tapi antara lain : "Apa kes Duta dah nak kawen? Melepas lah kau!" Masa tu baru aku sibuk-sibuk tgk kat surat khabar! Hahaha... Punya lah cam kecoh gak lah aku minat SO7 (Duta - Vocalist, terutamanya). Sampaikan mmbr aku lagi alert dari aku! :)

    Dari lagu 1st Album - Lagu Dan, sampai sekarang 7th Album - Lagu Pasti Ku Bisa, mmg aku support SO7 nieh! Jatuh merudum ke, tgh kat puncak ke, I am a SheilaGank! :)

    Sunday, September 04, 2011

    Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is

    Assalamualaikum semua..

    Tengok tajuk pon mcm malas nk buat entry, kan?? Huhuhuh...
    As you all know, aku ni mmg lah single and ready to mingle!
    Hahahaha...

    Bagi aku, life sebagai seorang single nieh tak lah seteruk mana pon..
    Lagi seronok aku rasa! ;)
    Kira senang ckp, ada pro, ada cons.

    Best sebab :

    1. Nak pergi mana-mana tak yah nak buat report setiap minutes..
    2. Tak yah nak pikir nak dating pakai baju ape, kat mana, nak makan ape..
    3. Tak yah susah-susah nak jagi hati orang lain.
    4. Tak yah berharap orang nak pujuk bila aku merajuk!
    5. Jimat bayar bil tepon...

    Tak best sebab :

    1. Jelous dengan life org lain.
    2. Boring.
    3. Lonely.
    4. Sedih fikirkan masa depan
    5. Handphone senyap sunyi!

    Anyhow, aku suka ayat nieh :

    "Being single doesnt mean your weak, its means your strong enough to wait for someone who really deserves you."