:: TIKTOK ::

Thursday, November 24, 2011

Sarawak : Day 1

Assalamualaikum, semua!

Perhatian!
Post ini dah lamaaaaaaaaaaaa sangat kat draft! Sorry..
(^_^)

1st - 3rd July lepas, aku, Angah, Alang dan Kak Elly g holiday kat Sarawak! This is first time ever for me! First time pegi Sarawak, first time naik flight, first time g holiday jauh².. Huhuhuh... :) Actually, percutian nieh aku, Alang and Kak Elly yg rancang utk supprisekan Angah. Satu, sebab on the 1st July is her birthday. Dua, sebab kitorg ada kakak yg dok kat UiTM Kota Samarahan, and setiap kali dier blk semenanjung, dier akan suruh kitorg g sana. :)
Plan asal nak supprisekan Angah bila airport nnt, br reveal everything! Tapi camne lak kan? Sapa lak nak kemaskan baju, pastu nak bagitau ape lak sepanjang jalan tuh? Akhirnya, two weeks before fly, kitorg dah bagitau! :) Lepas azab setahun simpan rahsia!

Kitorg nak pegi Sarawak tuh macam Amazing Race gak lah! Pukul 4.15 pagi dah bangun. 5.20 pagi dah kuar dari Puncak Alam ke Stesen Komuter Shah Alam. Dari tempat tiket ke platform berlari-lari dengan beg galas nye! Akhirnya berjaya jugak naik train pertama, pukul 6.09 pagi.

Sampai kat KL Sentral, amek plak bas g LCCT.. Dah nak sampai tuh, jalan jam pulak! Kitorg mmg dah cuak... Takut terlepas flight. Kalau terlepas, mmg nganga jer lah, kan? Nasib baik lah sempat.. Rupanya kat round about tuh diorg turap jalan - mcm takde masa lain lah kan? Awal-awal pagi jugak nak buat kerja!

Sampai Kuching International Airport, Kak Zah ambik kitorg and straight balik ke UiTM, Kota Samarahan.
Yeahhhh! Dah sampai!



Muka excited, huh? :)

Top to bottom : Bilik aku, ruang tamu & ruang makan, pose kat bilik utama
Location : Rumah Tamu, UiTM Kota Samarahan


Sampai jer kat rumah, makan tengahari dan berehat-rehat meregangkan urat saraf! Apa kata orang? Jet-leg? (bnyk la ko pnye jet-leg... setakat flight 1 jam 45 minit tkde maknanya!) Petang tuh terus pegi Waterfront! Beli cenderahati utk officemates, sedara-mara, dan jugak diri sendiri! Angah semangat borong fridge magnet bnyk².. :) Kitorang beli awal sebab nnt takde lah nak ulang 2-3 kali tempat yang sama, kan?

Ceria selepas bershopping! :)

After shopping souvenir, naik sampan lak menyeberang sungai! 50sen jer tambang nya! :) Murah, kan? Kesian kat pakcik yang kene bawak kitorg tuh! Takpe, sampan dier pakai enjin! :)
Seberang sungai tu, shopping lagi! Kat Dayang Salhah pulak! The-famous-amos kek lapis Sarawak tuh! Actually dh pernah mkn kek-kek Dayang Salhah ni before this, sbb office-mate baru balik dari Kuching gak... So, dah tau lah mana yg sedap, mana yg tak... Pada aku, rasa kek lapis nieh lebih kurang jerr.. Unless kalau mmg letak kepingan coklat, kepingan asam, kacang dll. Tapi kalu setakat perisa jerr, sume rasa sama, warna-warni dier jerr yg buat kelainan.. So, kalau korang pegi, aku advice beli Sisik Ikan, Azura, tak pun sekarang tengah famous cheese cake! Cadburry  cheese cake mmg sedap! :)


 Muka jer happy, tapi cuak nak nek sampan! :)

Alhamdulillah.... Selamat sampai seberang! :)

Bersama-sama hasil borongan... :)

Setelah penat bershopping, maka perut pon berbunyik mintak diisi...Lapar sungguh! Dah ade kat Sarawak, mesti lah nk makan makanan Sarawak, kan? So, kitorg pegi kat Barok Restaurant.. Nasi Ayam Penyet dier mmg A class lah! (currently sedang terliur! Oh, tidak!) Then tambah Manok Pansuh. Ayam yang dimasak dalam buluh.. Pon sedap jugak! Ala-ala mcm sup.. Nak raya nnt boleh cuba yer? Sambil2 bakar lemang, masak Manok Pansuh sekali! Hahaha.. :)



After makan, kene lah menyeberang sungai balik, kan? Masa nieh lebih cuak dari masa pegi tadi... Sampan dah lah penuh, plus pakcik tuh tak gunakan sampan yg ada enjin. Habis tu? Dayung manually lahhhh! Kesian, kannnnnn? Makanya, tak sampai hati nak bayar 50 sen jerrr... Sedekahlah kat pakcik tuh extra skit... Huhuhuh...

Malam nya, takde aktiviti berjalan ke mana-mana... Sbb nya dah tersangat lah penat nya sepetang berjalan-jalan... So, malam tuh just lepak-lepak kat umah kitorg stay tuh.. Anak-anak sedara aku pon tido kat umah tuh jugak.. Sbb tak puas hati.. Umah tuh lengkap dengan tv LCD-nya, aircond setiap bilik.. mmg fully furnish and nampak baru & mewah! Tido kat atas sofa kat ruang tamu pon diorg sanggup! (^_^)

Day 30 – A photograph of yourself today and three good things that have happened in the past 30 days

Assalamualaikum semua,

Akhirnya sampai gak ke post yg paling akhir, org lain Cabaran 30 Hari, aku Cabaran 150 Hari...
Hahaha... Wanita berkejaya lah katakan! Hahahaha... Podaaaaahhhh! :)

a) A photograph of yourself today :

Malas la nak tepek. Sebab tudung kelepet-kelepet, pastu cable pon tak bawak... So tak yah letak lah yer? Muka aku tak berubah pon! :)

b) Three good things that have happened in the past 30 days :

i. Takde
ii. None
iii. Yilek!

Kesimpulannya, lately ni mmg hectic! Keje non-stop Sunday to Sunday, sampai lewat mlm... Bertapa kat HQ, after one week plus baru jejak opis sendiri, and rata-rata colleague yg terserempak ngan aku akan kata "lama tak nampak..." atau "eh, dah balik?" Huhuhuh... (-_-')

Kereta pulak meragam semedang sampai kan hari tu buat hat-trick! 3 Sabtu berturut-turut menjadi pelanggan setia workshop! Sekarang ni tunggu masa jerr kene tukar drive shaft. Kiri kanan dah bunyik krekkkkkk... 1 set jer harga nya RM290. 2 set? Sila darab kan, ye? (-_-')

Plan nak bercuti pon tak tau jadi ker tak... Kerja kat opis bnyk! Lagi-lagi nak ujung tahun.. Nak kejarkan itu ini.. Peninggggg... I really need longgggggg holiday! Huh! But, life must go on... So, anggap jerr semua tuh cabaran... Setiap perkara itu ada hikmahnya! InsyaAllah...

So, cabaran dah berakhir, lepas ni mari perah otak nak merepek apa kat blog ini! (^_^)