:: TIKTOK ::

Thursday, December 01, 2011

Sarawak : Day 2

Assalamualaikum semua,

Aku teruskan citer pasal vacation aku nieh, eh? Hari ni kitorg nak pegi shopping kat Serikin! :) Jarak perjalanan antara tempat kitorg stay (UiTM Kota Samarahan) dgn Serikin ni lebih kurang 1 jam. So, kene gerak awal. Janjinya pukul 8.00 mcm tuh dah kene gerak, sbb nnt ramai org, and kat sana cuaca nya PANAS sangat!

Tapi, kitorg biasa lahhhh... Dgn kepenatannya, bertukar tempat tidur lagi, so 'terlewatlahhh'... Bila Abg Jamal dah tunggu kat depat rumah, kelam kabut semua org! :)

Pemandangan kat luar rumah tamu, pukul 6.30 pagi! Dah terang dah!

Dari rumah tamu, kitorg singgah sarapan dulu kat one of the gerai dekat-dekat ngan sekolah tempat Kak Zah mengajar. Hari ni dia kene g sekolah sbb ada larian Satu Murid Satu Sukan.. Kitorg sarapan Mee Jawa Special! Kat Sarawak pon ada Jawa, jangan tak caya... (nama pun dekat dgn Indon, no wonder lah!) Mee Jawa
nya sedapppppppp sangat! Kuahnya pekat, and specialnya sbb ada seketul ayam yg besar! Hihihih... :)

After sarapan, kitorg ambil Kak Zah kat sekolah and terus shoot g Serikin... Dari Kota Samarahan ke Serikin nieh ambil masa sejam gak lahhhh.... And jalan nya mak aaaaiiii... Berlubang-lubang dan bengkang bengkok! Sakit bonts! Sengsara jugak lah berhimpit dalam kereta! :)

Sampai sana, mmg matahari dah tegak dah... Panas yg amat! Disebabkan diorg dah selalu pegi Serikin nieh, so, stok payung dalam kereta mmg mencukupi. Tapi aku usha-usha jugak topi.. memikirkan setakat nak pakai sekali jerr, terus tak jadi beli... Guna jerr lah payung! So, my advice kalau korang nak pegi Serikin nieh, sila lah bawak payung, sun glass, topi or whatever yg boleh melindungi korang daripada panas! Panas dia lain macam wooooo!

Dari hujung ke hujung tu jenuh gak lah nak jalan... And ada macam-macam sgt jenis barang yg dijual! Dari pakaian sampai lah ke periuk belanga! Aku tak cadang pon nak shopping beria-ia.. Hihihi... So, banyak cuci mata jerr lah! End up, aku beli blouse,
handbag, periuk kukus (utk Angah) and souvenir utk anak-anak buah.  Actually kalau shopping kat Serikin nieh yg paling best ialah kain pasang yg jenis sulam-sulam bunga timbul tuh and telekung... Mmg banyak and harga nya boleh tahan... Siap boleh tawar lagi! :) Tapi aku tak berminat lak nak beli... Napa ntah!




Habis shopping kat Serikin, perut pon berbunyi-bunyi mintak diisi... Sebelum fly g Sarawak ni Angah aku dah senaraikan apa dia nak buat, nak beli, nak makan, nak pegi... So, salah satunya nak makan Mee Kolok! :)  So, kitorng pon singgah lah makan kat sini.. Tak jauh pon.. Kira kat entrance pasar Serikin nieh lahh... Mcm ni lah rupanya Mee Kolok tu!


Mee, hirisan daging, kuah 

Lepas tu, g pulak singgah kat pasar tepi jalan (tak sure nama tempat tuh).. Tak turun pun... Aku tunggu dalam kereta jerr... Kak Zah nak carik pucuk midin kalau tak silap... Tapi apa yg menarik ialah pulut dalam periuk kera! Tak penah jumpa, kan?

Sangat unik!

Dari Serikin singgah pulak kat kilang/kedai pasu Sarawak... Siap pergi kat bengkel diorg proses pasu tuh... Ada yg tengah ukir, ada yg tengah kalerkan pasu, ada yg tengah masukkan dalam oven pembakar... Memang new experience! Yang paling best ada moo! Sepasang lagi... Hihih.. Sampai ke Sarawak, tetap jugak carik moo! :)





Petang tuh kitorg masak sama-sama... Best! Ada ikan lumi goreng, pucuk midin, batang keladi, ngan udang masak lemak! Sedap sehingga menjilat jari lah! Masing-masing lepas makan menyandar jerrr! Hahahaha... Malam tu keluar jalan-jalan lagi... Mula-mula pegi The Spring Shopping Mall, tapi rata-rata kedai dah tutup... So, pegi Waterfront! Saja nak tgk pemandangan waktu malam... Memang cantik.. Lagi-lagi Bangunan Dewan Undangan Sarawak tuh! Memang nice... Lepas tuh acara wajib, ambil gambar kat Replika Kucing.. Tapi sbb malam, so gmbr pon tk berapa terang sangat! Walaupon gambar entah mcm mana jerr jadinya masa tuh, kitorg tetap jugak beria ambik gambar kat situ! Pusing keliling kucing tuh nak carik angle yg sesuai kononnya! :) Siap selamba berhenti kereta tepi jalan.. tapi Kimi (anak Kak Zah) tunggukan dalam kereta laaa... Standby, kot ada polis datang ke.. Hehehe...

Ikan Lumi Goreng -- Udang Masak Lemak -- Pucuk Midin Goreng -- Batang Keladi

Lepas penat posing, isi perut balik! Hahaha... Tak lah order beria sangat ponnnn.. Sebab mata pon dah nak pejam sebenarnya! Penat... Kat sini (tak ingat nama restaurant) menu nya pelik-pelik.. air red plum laaa.. milo laici laaa.. milo jagung laa... Hihihih... Aku order milo jagung... Rupanya, air milo, campur jagung macam corn in cup tuhhh.. :) Well, nice combination jugak lahhh... And satu lagi order pisang cheese! Sedap... Pisang goreng, atasnya tabur cheese.. Mewah, kan? Habis makan and borak-borak, kitorg pon gerak balik.. :)


 Pisang Cheese..yummeh!


Milo Jangung

No comments: