:: TIKTOK ::

Monday, December 06, 2010

Selamat Tahun Baru!

Eh, baru bulan Disember laa..dah tahun baru ker?
Blom abis bulan lagi?
(^_^)

Aku pasti, semua org sedar, yang esok kita akan sambut tahun baru 1432 Hijrah..
Camne korang sedar esok Maal Hijrah?
a) Tengok kalendar
b) Tibe-tibe dengar lagu "satu muharam detik permulaan......" kat radio / tv
c) Opis tutup sebab cuti umum
d) Dengar topik pagi kat radio on the way nak pegi keje pagi tadi
e) Semua di atas

Tak kesah la macam mana cara sekalipon, aku nak ucapkan :

picture : terima kasih En. Google..!
Semoga kedatangan tahun baru yang mendatang ini akan memberi keberkatan, kenikmatan, dan rezeki yang berlipat-lipat ganda berbanding tahun-tahun sebelum ini hendaknya. Insha-Allah.

No comments: